Kedua-dua mata wang Pound dan US dolar yang terkesan dengan keputusan mesyuarat bank pusat pada minggu lepas memaparkan arah yang jelas pada pergerakan harga di carta pasangan GBP/USD.
Setelah Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah di paras 5.50%, isyarat hawkish dihadam pasaran apabila kenaikan kadar dijangka akan diteruskan lagi selepas ini untuk menjinakkan inflasi yang meningkat semula.
Sementara, Bank of England (BOE) mengejutkan pasaran apabila bertindak menghentikan kadar faedah di paras 5.25% pada mesyuarat terbaru minggu lalu setelah kenaikan kadar dilakukan sebanyak 14 kali berturut-turut sebelum ini.
Justeru, US dolar yang mengukuh manakala Pound pula menyusut telah mendorong corak penurunan harga berterusan pada carta GBP/USD.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-situasi-pasaran-usd-awal-minggu
Pada mulanya dapat dilihat harga berlegar di zon 1.24000 sebelum harga menjunam dan akhirnya menembusi 1.23000.
Paras terendah dicecah sekitar 1.22350 sehingga dagangan sesi terakhir minggu lalu turut berakhir di sekitar itu.
Kekal dengan isyarat bearish, pergerakan harga masih berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Penurunan lanjut harga akan dijangkakan dengan sasaran adalah untuk menguji zon support 1.22000.
Jika penurunan lebih rendah diteruskan, tumpuan harga akan beralih pula ke sekitar 1.21000 selain mencatatkan paras terendah yang terbaru.
Namun jika harga melantun naik membuat kenaikan, paras 1.23000 dilihat sebagai rintangan awal untuk diuji selepas halangan MA50 berjaya diatasi.
Menyambung kenaikan lebih tinggi akan menjangkakan harga menuju kembali zon tumpuan minggu lalu sebelum terjunan harga, iaitu sekitar 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG