Pfizer Umum Ada Jalan Penyelesaian Untuk Varian Baharu Omicron!

1,710

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla telah mengeluarkan kenyataan bahawa pil rawatan Covid-19 Pfizer adalah berkesan dalam melawan varian omicron.

Dalam temubual bersama CNBC, Bourla mengatakan bahawa beliau memiliki berita baik yang datang dari para pakar rawatan mereka bahawa rawatan mereka adalah berkesan dalam berhadapan mutasi varian Covid-19. Atas dasar itu beliau menzahirkan keyakinan bahawa proses rawatan mereka tidak akan terjejas oleh virus ini.

Pfizer telah mengusulkan permohonannya pada awal ini kepada pentadbiran Makanan Dan Dadah untuk membenarkan penggunaan pill, Paxlovid, untuk kegunaan kecemasan. Dalam percubaan klinikal ke atas orang berumur 18 tahun ke atas, Pfizer mendapati pil ini dapat mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian sbeanyak 89% apabila ia diambil dengan ubat HIV.

Pil ini dikatakan bahawa ia dapat menyekat enzim yang diperlukan virus untuk bermutasi. Ia digunakan dalam kombinasi dengan ubat HIV yang yang melambatkan metabolisme manusia untuk membolehkan Paxlovid kekal aktif dalam badan lebih lama pada kepekatan yang lebih tinggi untuk memerangi virus.

Pfizer kini menjangkakan untuk mengeluarkan 80 juta iaitu peningkatan daripada matlamat pembuatan asal yang sasarkan 50 juta pil dihasilkan. Pentadbiran Biden telah membeli 10 juta kursus Paxlovid dalam perjanjian berjumlah $5 bilion.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam kertas teknikal yang diterbitkan pada hari Ahad, memberi amaran bahawa omicron menimbulkan risiko global yang “sangat tinggi” dengan kemungkinan akan terus meningkatkan penularan.

Walaupun Bourla optimis tentang keberkesanan Paxlovid, beliau berkata kesan omicron pada vaksin dua dos masih belum dapat dilihat. Waima, Bourla berkata Pfizer sudah mula bekerja untuk mengeluarkan vaksin baharu jika perlu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat