Piala Dunia FIFA Gagal Lonjakkan Token Chiliz!

155

Sepak mula perlawanan pertama Piala Dunia FIFA Qatar yang bakal berlangsung pada 20 November dijangka akan memberi impak besar kepada dunia Web3 dan token Chiliz (CHZ) daripada tajaan Crypto.com.

Difahamkan bahawa penciptaan token oleh Chliz powers socious.com tersebut telah digunakan untuk kelab bola sepak seperti Manchester City (CITY), Paris Saint-Germain (PSG), Arsenal FC (ACM), AC Milan (ACM), dan FC Barcelona (BAR).

Walaupun terdapat perkembangan dalam ekosistem CHZ, harganya kini didagangkan pada paras terendah bulanan berbanding lonjakannya pada pertengahan Oktober ketika acara Piala Dunia FIFA semakin hampir.

Umumnya, ekosistem CHZ sedang berada dalam proses penyenaraian dengan exchanger Poloniex menyenaraikan token CITY, AFC dan PSG manakala Phemex enam token peminat daripada kelab bola sepak utama.

Selain daripada itu, CHZ juga melancarkan token peminat pada bulan lepas yang digelar ChilizX bagi melaksanakan perancangan berkaitan rantaian asalnya iaitu Chiliz Chain 2.0 untuk dijadikannya sebagai Ethereum Virtual Machine (EVM).

Namun begitu, situasi tragis yang menimpa FTX dan Binance mungkin menjadi punca harga CHZ melakukan penyusutan lebih 35% dalam tempoh 2 hari lalu yang kini didagangkan pada zon $0.1782.

Sungguhpun demikian, persoalan demi persoalan berlegar-legar di minda para pelabur dalam menjangkakan adakah harganya mampu membuat lonjakan kembali apabila CHZ telah menguji paras sokongan pada $0.1659.

Dalam pada itu, CHZ berkemungkinan besar akan membuat lantunan semula daripada $0.1413 jika breakout berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat