Pihak Berkuasa China Tumpaskan Kegiatan Lombong Kripto, 3500 Mesin Dirampas!

516

Setelah beberapa waktu pasaran kripto sepi dari laporan-laporan yang melibatkan kripto di China, akhirnya pasaran dikejutkan berita terbaru. China suatu ketika dahulu pernah menjadi kuasa besar dalam perlombongan Bitcoin sebelum kerajaan China memerintahkan aktiviti melibatkan perlombongan kripto di haramkan kerana beralasan bahawa demi menjaga alam sekitar.

Walaubagaimanapun tindakan keras tersebut tidak mematahkan aktiviti perlombongan kripto sepenuhnya. Para pelombong kripto masih melombong kripto walaupun secara haram. Terkini terdapat laporan bahawa bandar Dongguan di wilayah Guangdong melaporkan bahawa pentadbirannya menjalankan sekitar 6,050 pemeriksaan sehingga Pertengahan Mac. Setakat ini, sebanyak 2,957 peralatan perlombongan telah dirampas daripada 24 pusat perlombongan berpusat dan 35 pusat perlombongan individu.

Satu lagi bandar di wilayah Guangdong, Yunfu mendedahkan bahawa pihak berkuasa telah berjaya merampas 554 pusat perlombongan dalam pemeriksaan pasukan bersama. Turut menerima tempias ia perlombongan kripto di bandar Mudanjiang di wilayah Heilongjiang, dimana banyak pusat kediaman telah digunakan untuk melombong Bitcoin. Namun begitu sudah ‘jatuh ditimpa tangga’, pihak berkuasa telah menjalankan serbuan yang membabitkan 60 pusat perlombongan dan juga melaporkan kecurian elektrik bernilai lebih daripada 300,000 yuan (lebih kurang $47,000).

Justeru itu, wilayah China seperti Shanxi telah mengisytiharkan bahawa ia menaikkan harga elektrik sebanyak 1 yuan ($0.16) setiap kilowatt untuk mengekang aktiviti perlombongan kripto.

Menariknya laporan ini dikeluarkan bertepatan dengan kejatuhan harga Bitcoin sebanyak 4% keparas dagangan $41,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat