Federal Reserve (Fed) dan kebanyakan bank pusat dunia dijangka bakal menurunkan kadar faedah pada mesyuarat akan datang sejurus selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan dilaksanakan esok.
Bank pusat yang bertanggungjawab untuk lebih satu pertiga daripada ekonomi global akan menetapkan kos peminjaman susulan undian dan berpegang teguh pada apa jua kepastian yang mereka dapat lihat mengenai kemungkinan dasar ekonomi Amerika untuk empat tahun akan datang.
Naib Presiden, Kamala Harris dan bekas presiden, Donald Trump bakal bertembung pada 5 November untuk melihat siapakah calon presiden terbaru untuk negara gergasi dunia itu dan kebanyakan pakar ekonomi melihat persaingan sengit buat kedua-dua calon.
Selain daripada pilihan raya, penggubal dasar AS telah pun menyatakan hasrat untuk meneruskan kadar pemotongan kadar yang lebih beransur-ansur selepas pengurangan separuh mata pada mesyuarat September lalu.
Sementara itu, Pengerusi Fed Jerome Powell berkemungkinan akan menekankan bahawa keadaan semasa memerlukan dasar yang kurang ketat semasa ucapan beliau dan pegawai-pegawainya perlu berhati-hati terhadap kesan politik.
Beberapa bank pusat kini sedang berhadapan dengan pelbagai risiko daripada pertumbuhan ekonomi yang perlahan ke atas inflasi sambil memikirkan kesan terhadap perdagangan global hasil penetapan tarif baharu Donald Trump akan datang. – Bloomberg