Pinjam $1.3 Juta ETH Gunakan NFT Mutant Ape Sebagai Cagaran!

408

Perkhidmatan Defi yang kian berkembang pesat telah dijadikan peluang oleh pemilik non-fungible token (NFT) mencagar aset milik mereka untuk membuat pinjaman.

Fragment, pemegang NFT Mutant Ape Yacht Club (MAYC) dilaporkan telah meminjam 1,000 Ethereum (ETH) bernilai $1.3 juta dengan menggunakan JPEG sebagai cagaran.

Menurut Gabe Frank, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pinjaman NFT Arcade menyatakan bahawa pemberi pinjaman akan lebih yakin untuk menaja jamin pinjaman lebih besar kerana pasaran harga telah stabil dan keadaan volatile sudah mula menyusut.

Pinjaman ini juga digelar pinjaman non-recourse, maknanya pemberi pinjaman boleh merampas cagaran pinjaman sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan.

Antara peminjam yang telah meminjam daripada Fragment Mutant Ape adalah Nexo serta Meta4 NFT Lending dengan syarat pembayaran semula pinjaman adalah 1,044 ETH dalam tempoh 90 hari pada APY* 18%.

*Kadar pulangan sebenar yang diperoleh ke atas pelaburan dengan mengambil kira kesan faedah pengkompaunan

Jika peminjam mengingkar syarat tersebut, pemberi pinjaman boleh menuntut dan menjual asetnya atau menyimpan dalam kunci kira-kira.

Secara keseluruhan, idea sebegini membolehkan seseorang mendapat wang tunai dengan pantas malah terdapat peningkatan yang ketara dalam peminjaman NFT sejak Jun 2022 dengan nilai tertinggi $2.5 juta pada September .

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat