Platform Pertukaran Matawang Kripto Terkemuka Beroperasi Tanpa Kebenaran SC!

782

Binance merupakan platform pertukaran matawang kripto terkemuka dunia telah disenaraikan sebagai entiti tidak sah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Menurut suruhanjaya tersebut, Binance telah mengendalikan pasaran yang diiktiraf tanpa kebenaran dari SC.

Untuk pengetahuan semua, undang-undang yang dikuatkuasakan menghendaki  platform pertukaran matawang kripto untuk mendaftar sebagai Pertukaran Aset Digital dengan SC. Selepas pemfailan awal, mereka mendapati bahawa ianya mengambil masa hingga 9 bulan untuk memenuhi standard peraturan SC.

Setakat ini, hanya 3 platform pertukaran matawang kripto yang memperoleh kelulusan dan kebenaran oleh SC iaitu Luno, Sinegy dan Tokenize.

Selain itu, pada bulan Mac yang lalu Binance telah mengumumkan bahawa ia akan menguji pelancaran kad debit crypto di Asia Tenggara terutamanya Malaysia berbanding negara lain.

Tambahan daripada itu, Binance mendedahkan bahawa mereka masih mendapat sokongan untuk Ringgit Malaysia, yang diperkenalkannya untuk platform P2P dan aplikasi mudah alihnya pada bulan Mac tahun ini. Walau bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan isu tersebut tidak didedahkan.

 

Anda mungkin juga berminat