PM Jepun Masuk Hospital Hari Ini

303

Jepun dikejutkan dengan berita perdana menteri, Shinzo Abe dimasukkan ke Keio University Hospital di Tokyo pada hari ini.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Jepun menjelaskan tiada perkara yang perlu dibimbangkan mengenai kesihatan Abe memandangkan pemerintah itu cuma menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Timbul pelbagai spekulasi mendakwa Abe berada dalam tekanan menggalas tanggungjawab sebagai perdana menteri, memimpin negara menangani wabak koronavirus.

Shinzo Abe telah memegang jawatan sebagai perdana menteri Jepun untuk tempoh yang lama sejak 2012. Pada usia 65 tahun, tidak mustahil jika beliau memerlukan pemeriksaan yang berkala demi kesihatan yang lebih terjamin.

Pengerusi panel Parti Liberal Demokrat, Akira Amari menyifatkan Abe sebagai seorang yang berdedikasi, penuh dengan rasa tanggungjawab dan tidak pernah untuk mengambil peluang untuk berehat sepanjang pentadbirannya.

Sebelum ini pemerintah itu pernah meletak jawatan sebagai perdana menteri buat kali pertama pada 2007 setelah setahun menggalas jawatan itu susulan daripada keradangan usus.

Beliau dijangka akan keluar hospital kemudian hari, sebaik sahaja selesai semua urusan rawatan yang diperlukan.

Sementara itu dilaporkan ekonomi Jepun dilanda penguncupan ekonomi terbesar bagi suku kedua berikutan aktiviti eksport dan penggunaan yang terjejas, meletakkan penggubal dasar di dalam tekanan mencari jalan keluar kepada kemelesetan yang lebih dahsyat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat