PM Kanada Tak Mahu Bebaskan Eksekutif Huawei Yang Dipenjarakan

1,121

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau bertegas tidak mahu membebaskan seorang eksekutif Huawei yang dipenjarakan kerana mendakwa bahawa tindakan tersebut bakal membahayakan negara pimpinannya. Ketua Pegawai Kewangan Huawei yang dikenali sebagai Meng Wanzhou telah ditahan dengan waran tangkap AS pada Disember 2018 manakala Beijing menahan 2 lelaki Kanada atas tuduhan keselamatan. Pada minggu lalu, kedua-duanya disyaki menjalankan aktiviti pengintipan.

Sehubungan dengan itu, seramai 19 tokoh terkemuka termasuk bekas menteri kabinet dan diplomat telah mengutuskan sepucuk surat kepada Trudeau agar menghentikan prosiding ekstradisi terhadap Meng supaya China membebaskan kedua-dua lelaki itu.

Sebelum ini, Trudeau didakwa berkeras untuk campur tangan dalam kes berkaitan Meng Wanzhou walaupun sudah berulang kali diberi amaran oleh China. Menurut perdana menteri itu, pembebasan Meng bakal merisikokan jutaan rakyat Kanada yang tinggal dan melancong ke luar negara. Selain itu, campur tangan politik atau penahanan rakyat negaranya tidak akan mempengaruhi fungsi sistem keadilan yang sedia ada.

Malah, kedua-dua rakyat Kanada yang ditahan itu didakwa mempunyai kaitan dengan Huawei meskipun Beijing telah menafikannya.

Berang dengan tindakan perdana menteri tersebut, China telah bertindak menyekat import produk biji Canola dan daging daripada negara berkenaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat