PM New Zealand Heret NZD/USD Lebih Rendah!

119

Dagangan dolar kiwi merosot rendah pada sesi Asia, dipengaruhi oleh pengukuhan US dolar dan perkembangan politik di New Zealand.

Perdana Menteri Chris Hipkins telah mengumumkan rombakan kabinet setelah hampir seminggu dilantik mengetuai tampuk pimpinan New Zealand.

Ujar beliau, kabinet baharu itu akan tertumpu kepada asas teras seperti kos sara hidup, pendidikan, kesihatan, perubahan dan memastikan komuniti serta perniagaan selamat.

Walaupun berlaku pembubaran, namun beliau mengesahkan bahawa Grant Robertson akan kekal sebagai menteri kewangan.

Menurut Hipkins, beliau akan memberi tumpuan penuh untuk memerangi inflasi dan membantu rakyat serta perniagaan New Zealand untuk bertahan.

Dolar New Zealand mencatat sedikit penyusutan sebaik sahaja laporan mengenai rombakan tersebut dikeluarkan, selain turut terkesan dengan dagangan US dolar yang lebih kukuh.

Greenback sedikit menguat pada sesi Asia walaupun kenaikan yang dicatatkan dilihat agak terbatas di tengah-tengah kewaspadaan pelabur menjelang data utama dan mesyuarat bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat