“PM Tepi” Tak Cukup Kriteria, Peniaga Online Boleh Didenda Sehingga RM 200,000

368

Pada 3 Ogos yang lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengeluarkan kenyataan dimedia sosial (Facebook), kebanyakan peniaga online berurusan dengan menggunakan mesej seperti “PM tepi”, “PM jika berminat” dan lain-lain frasa tanpa memaparkan harga barangan dan maklumat produk yang jelas.

Dato’ Mohd Roslan Mahayudin, Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK berkata, tindakan memaparkan maklumat barangan ini perlu bagi melindungi hak pengguna dan undang-undang telah menetapkan peniaga wajib meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

# 8 Kriteria Wajib Dipaparkan Oleh Peniaga Online Mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999

  • Harga perlu dibayar
  • Nama penjual atau syarikat
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
  • Keterangan produk
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat
  • Anggaran masa penghantaran

# Jika Sabit Kesalahan Peniaga Boleh Didenda Di Bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdangangan Elektronik) 2012

  • Penalti Individu:

Kesalahan pertama denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

  • Penalti Pertubuhan Perbadanan (Syarikat):

Kesalahan pertama denda tidak melebihi RM100,000. Kesalahan kedua denda tidak melebihi RM200,000.

  • Kesalahan berterusan:

Denda tidak melebihi RM1,000 sehari bagi setiap hari atau sebahagian hari kesalahan berterusan selepas sabitan bagi individu atau pertubuhan perbadanan.

# Kesimpulan

Jika anda peniaga online, sentiasa kemas kini maklumat barangan anda. Kepada pengguna, anda boleh menghantar sebarang maklumat atau aduan ke Bahagian Penguatkuasaan di talian 1-800-886-800.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat