PMI Indeks Sektor Perkhidmatan US Sedikit Meleset Pada Mei

66

Sektor perkhidmatan US merosot sedikit pada bulan Mei yang ditunjukkan oleh kejatuhan indeks PMI kepada 56.9 dari 57.5 sebelum ini dan berada di bawah jangkaan 57.3.

Dalam sektor pembuatan, 17 dari 18 industri dalam sektor ini merekodkan peningkatan.

Komponen tempahan baru jatuh kepada 57.7 dari 63.2 sebelum ini di mana indeks komponen perniagaan merosot kepada 60.7 dari 62.4 sebelum ini.

Komponen pekerjaan pula mengukuh pada tempoh sama dengan indeks meningkat kepada 57.8 dari 51.4 pada April.

Manakala dalam komponen penghantaran semakin perlahan dengan inventori meningkat dari 52.5 kepada 54.0.

Indeks harga yang dibayar pula jatuh ke paras rendah 49.2 dari 57.6 sebelum ini yang juga meleset di bawah paras 50 kali pertama dalam masa 13 bulan. Hal ini menunjukkan tekanan kos yang berkurangan dalam sektor ini.

Indeks pembuatan pula sebelum ini merekod sedikit pengukuhan yang dilaporkan minggu lalu. Data pekerjaan NFP yang menjadi tumpuan merekod tambahan pekerjaan yang mengecewakan yang menyebakan kejatuhan US dolar pada Jumaat.

Walaubagaimanapun, data ISM kali ini masih menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam kedua-dua sektor ini. Namun pasaran akan terus memberi perhatian terhadap tekanan kos dalam sektor perniagaan dalam industri pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan di US.

Keseluruhannya, jangkaan kepada kenaikan kadar pada Jun kekal di paras tertinggi dengan spekulasi The Fed akan lebih dovish selepas itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat