PMI Sektor Pembinaan UK Susut, Keyakinan Mengukuh

37

PMI indeks sektor pembinaan UK susut kepada 52.2 pada Mac dari 52.5 pada bulan sebelum. Bacaan kali ini di bawah jangkaan pasaran 52.4. Sebelum ini pada Isnin, data PMI indeks sektor pembuatan UK juga merekodkan penyusutan.

Komponen pertumbuhan perniagaan baru masih lemah pada tempoh sama dan tidak berubah dari paras terendah empat bulan pada Februari.

Sektor perumahan pula semakin perlahan pada Mac, tetapi komponen kejuruteraan awam mengukuh semula ke paras tertinggi 2017 yang menjadikan ia sub-sektor tertinggi berbanding dua yang lain.

Terdapat peningkatan dalam keyakinan perniagaan pada tempoh sama ke paras kedua tertinggi sejak Disember 2015. Syarikat-syarikat juga melaporkan projek yang semakin bertambah dengan ekonomi yang semakin mengukuh dan kurangnya kebimbangan kepada Brexit.

Indeks komponen pekerjaan terus meningkat pada Mac, walaupun peningkatan kali ini adalah yang terendah dalam tempoh tiga bulan.

Esok data sektor perkhidmatan pula akan menjadi perhatian pada Rabu, dengan jangkaan semakin perlahan dalam perbelanjaan pengguna yang akan memburukkan prestasi sektor ini.

Data PMI di UK setakat ini akan mengekalkan jangkaan pertumbuhan ekonomi UK yang semakin perlahan dalam jangka pendek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat