PMI Sektor Pembinaan United Kingdom Naik Kepada 56.0

45

Sektor pembinaan United Kingdom naik mendadak kepada 56.0 pada Mei dari 53.1 sebelum ini. Bacaan kali ini lebih dari jangkaan pasaran 52.7 dan merupakan yang tertinggi sejak 17 bulan lalu.

Komponen pembinaan bangunan kediaman melonjak semula bulan ini dengan peningkatan tertinggi sejak Disember 2015. Hal ini akan meningkatkan keyakinan dalam sektor ini.

Dalam komponen pembinaan bangunan komersil turut berkembang kukuh walaupun ketidaktentuan terhadap jangkaan di masa hadapan masih mengurangkan aktiviti di kawasan-kawasan komersil.

Terdapat pengukuhan dalam komponen pekerjaan pada bulan sama dengan kadar kenaikan yang tertinggi sejak Januari 2016.

Komponen harga kos input naik secara sederhana pada tempoh sama dengan harga meningkat pada kadar terendah sejak tujuh bulan lalu. Terdapat juga bukti bahawa kenaikan kos import yang tinggi hampir berakhir.

Dalam sektor pembuatan, indeks PMI menunjukkan sedikit kemerosotan pada Mei. Sektor pembuatan UK  yang ditunjukkan oleh indeks PMI yang jatuh kepada 56.7 dari paras tertinggi tiga tahun lalu 57.3 pada April. Namun, bacaan kali ini masih melebihi jangkaan pasaran 56.5 dan juga di atas purata jangka panjang.

Kedua-dua sektor ini akan mengekalkan keyakinan di dalam kedua-dua sektor dalam masa terdekat. Matawang Gbp menguat sedikit selepas data ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat