Polisi Baru Whole Foods Jejas Pekerja Sambilan

147

Anak syarikat kepada Amazon, Whole Foods bertindak untuk menarik semula faedah kesihatan melibatkan kira-kira 1,900 orang pekerja sambilan mereka yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Whole Foods bertindak untuk menukar sistem pemberian faedah kesihatan kepada pengiraan yang baru.

Sebelum ini pekerja harus bekerja sekurang-kurangnya 20 jam seminggu bagi melayakkan mereka mendapat faedah kesihatan. Namun mengikut pengiraan baru, mereka harus bekerja sekurang-kurangnya 30 jam dan ini mengakibatkan 2% atau 1,900 tenaga pekerja mereka tidak lagi layak untuk mendapat maanfaat itu.

Untuk lebih memenuhi keperluan perniagaan dan mencipta model penjadualan yang lebih saksama dan cekap, Whole Foods memilih untuk bertukar kepada struktur sambilan tunggal. Mereka juga menyediakan pasukan khas bagi mencari alternatif lain untuk perlindungan kesihatan.

Tahun lalu, Amazon telah menaikkan gaji minimum kepada $15 sejam melibatkan seluruh pekerja mereka termasuklah pekerja Whole Foods. Amazon juga bercadang untuk membuka lebih daripada 30 ribu peluang pekerjaan baru yang berstatus tetap untuk mengisi jawatan di dalam jabatan teknologi dan korporat.

Dalam pada itu, semua pekerja masih lagi menerima faedah pekerjaan termasuk diskaun sebanyak 20% bagi pembelian di dalam kedai. Ketika ini saham Amazon didagangkan pada nilai $1,843.55, naik $20.56 atau 1.13%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat