Positif! Saham AS Melonjak Ke Paras Tertinggi

465

Optimisme dalam isu siling hutang Amerika Syarikat turut memberi sokongan buat pasaran saham global untuk menokok lebih tinggi.

S&P 500 dan Nasdaq Composite melonjak pada hari Khamis untuk mencatat paras penutupan tertinggi sejak Ogos 2022 apabila pelabur terus memberi perhatian kepada rundingan siling hutang.

Terbaru, Speaker Dewan Republikan Kevin McCarthy berkata beliau yakin bahawa perjanjian untuk menaikkan siling hutang boleh dicapai untuk diundi oleh Dewan pada minggu depan.

3 indeks utama Wall Street ditutup positif pada Khamis, dengan Dow Jones Industrial menokok 0.34% kepada 33,535.92, manakala S&P 500 naik 0.94% kepada 4,198.06 dan Nasdaq canak 1.81% kepada 13,834.62.

Selain itu, pengukuhan dalam Nasdaq turut dipacu oleh peningkatan dalam saham berteknologi besar, menyaksikan Amazon naik lebih 2% dan Netflix melonjak 9%.

Bukan itu sahaja, malah saham cip menawarkan satu lagi sokongan kepada Nasdaq, dengan Nvidia meningkat lebih 2% dan Micron Technology lonjak 5% susulan berita bahawa ia membantu membangunkan cip di Jepun.

Turut mengangkat sentimen pasaran adalah, keputusan suku tahunan Walmart yang lebih baik daripada jangkaan dan ramalan jualan tahun penuhnya yang meningkat.

Sementara itu di Asia, Nikkei Jepun 225 mencapai paras tertinggi sejak 1990 dipacu oleh pendapatan korporat yang kukuh dan keyakinan terhadap perjanjian siling hutang AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat