Pound ‘Brek’ Mengejut, Pelabur Cemas

734

Kebimbangan terpancar di wajah pelabur bagi pound, selepas matawang itu memaparkan pergerakan yang tidak menentu ketika sesi dagangan Eropah bermula.

Ini didorong oleh peningkatan dolar greenback, menyusuli peningkatan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kembali mengorak langkah ke paras 1.6% setelah susut ke tahap terendah hampir 2 bulan sebelum ini.

Bagaimanapun, setelah susut hampir ke paras harga 1.37000, matawang pound kembali mendaki dan hampir menghapuskan kerugian yang dicatatkan pada awal sesi tadi.

Walaupun faktor utama kepada penurunannya adalah disebabkan peningkatan US dolar, namun di sisi lain, UK kini berdepan tekanan dalam hubungannya dengan Kesatuan Eropah (EU).

Ketika pertemuan antara ketua perunding Brexit UK-EU berlangsung pada hari Khamis, David Frost dari UK memberitahu bahawa perbincangan mengenai protokol Ireland Utara telah menyaksikan beberapa momentum positif, tetapi masalah tetap ada.

Sementara itu, usaha vaksinasi di UK mungkin akan terjejas selepas negara itu memberi isyarat mengenai bekalan vaksin, di mana jumlah dos pertama mungkin akan terhad.

Lebih-lebih lagi dengan penangguhan penghantaran vaksin oleh Johnson & Johnson disebabkan kesan sampingan darah beku yang dialami penerima.

Faktor-faktor ini telah menghalang matawang pound daripada meningkat lebih tinggi di atas harga $1.38000 pada minggu ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat