Pound Gagal Beri Reaksi Walaupun Ekonomi UK Makin Kuat!

432

UK terus menunjukkan pemulihan ekonominya pada bulan Jun dengan pertumbuhan yang melonjak lebih tinggi daripada jangkaan.

Walaupun kerajaan menangguhkan pelonggaran sekatan sepenuhnya selama empat minggu hingga 19 Julai, Pejabat Statistik Negara (ONS) mengatakan pertumbuhan pada bulan Jun hampir dua kali ganda lebih cepat daripada 0.6% pada bulan Mei.

Anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK dilaporkan meningkat 1% pada Jun yang didorong oleh peruncitan, restoran dan hotel, menurut ONS. Bacaan ini lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk meningkat 0.8%.

Sementara itu, pertumbuhan KDNK pada suku kedua tahun ini pula menepati jangkaan dengan pengembangan sebanyak 4.8% dalam tempoh tiga bulan, April hingga Jun dari penguncupan 1.6% pada suku pertama.

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak mengatakan bacaan terbaru yang diterbitkan ini menunjukkan bahawa ekonomi sedang berkembang dan memperlihatkan tanda-tanda pemulihan yang sangat kuat.

Sunak juga mengatakan masih ada cabaran untuk diatasi, tetapi beliau yakin akan kekuatan ekonomi dan ketahanan rakyat Britain. “Dengan kadar pertumbuhan suku tahunan terpantas di kalangan ekonomi G7, ia telah melampau jangkaan”, tambah beliau lagi.

Walaupun begitu, matawang pound gagal memberi reaksi ketara susulan data yang memberangsangkan ini dengan didagangkan di sekitar harga yang sama pada 1.3870 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat