Pound Kembali Melonjak, Brexit Bakal Ada Penangguhan Lagi?

506

Dolar Amerika Syarikat masih  bergerak stabil dalam pasaran dengan pasaran kembali mengurangkan jangkaan kebarangkalian pemotongan kadar oleh Federal Reserve (Fed) sehingga 50 mata asas pada minggu hadapan.

Mengikut undian Reuters ke atas tinjauan pakar-pakar ekonomi, telah hampir 95% menjangkakan pemotongan kadar kepada 25 mata asas, hanya 2 menjangka penurunan agresif sehingga 50 mata asas, dan 2 percaya Fed akan mengekalkan kadar.

Para pelabur hari ini teruja menantikan keputuusan penetapan polisi monetari pada mesyuarat bank pusat Eropah hari ini dengan jangkaan European Central Bank (ECB) akan menyampaikan polisi yang longgar.

Data PMI perkilangan dan perkhidmatan di Zon Eropah yang dikeluarkan pada sesi dagangan Eropah semalam mencatatkan bacaan yang lemah menguatkan lagi jangkaan penurunan kadar oleh ECB.

Hasil pulangan 10-tahun Jerman juga menurunan daripada -0.34% kepada -0.39% menghampiri rekod paras terendah. Hasil perbendaharaan 2-tahun Amerika Syarikat turut menurun daripda 1.83% kepada 1.80% sementara hasil pulangan 10-tahun pula jatuh kepada 2.04% daripada 2.08%.

Perkembangan di Britain pula, Boris Johnson telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri United Kingdom yang baru menggantikan Theresa May yang telah sah meletak jawatan.

Namun, pasaran tidak terjejas ekoran pergerakan harga telah menyerap lebih awal ke arah jangkaan pengumuman Boris sebagai pemimpin. Sebaliknya, Pound Sterling kembali melonjak dengan kemungkinan bakal ada satu lagi penangguhan untuk tarikh akhir Brexit.

Namun, dagangan Sterling masih kekal berisiko dengan jangkaan beberapa lagi jawatan penting di dalam kementerian yang akan meletak jawatan kerana enggan berkhidmat di bawah Boris Johnson disebabkan prinsip pendirian yang berbeza.

Matawang dolar AUD pada sesi Asia hari ini bakal memberi reaksi daripada ucapan Gabenor bank pusat Australia, Phillip Lowe pada ucapannya berkenaan inflasi dan ekonomi di Sydney. Reserve Bank of Australia (RBA) masih dijangkakan akan meneruskan pelonggaran pada polisi monetari.

Petunjuk yang agak bercampur-campur pada ketegangan politik terbaru membabitkan Korea Utara dan Arab Saudi turut menjadi kebimbangan buat pasaran. Dalam pada itu juga, pasaran menantikan perkembangan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China pada pertemuan minggu hadapan di Beijing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat