Pound Mabuk, Trader ‘Terciduk’!

956

Gila! Ini adalah perkataan yang tepat buat dagangan matawang pound sterling.

Matawang pound sterling telah membuat terjunan ketika awal sesi Eropah selepas terdapat perkhabaran yang kurang menyenangkan mengenai rundingan perjanjian perdagangan Brexit yang berlangsung, di mana Kesatuan Eropah (EU) dan UK dikatakan gagal merapatkan jurang dalam isu bantuan negara.

Malah, ancaman EU untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas UK berikutan kelulusan rang undang-undang Pasaran Dalaman yang melanggar perjanjian pengeluaran Brexit juga telah menekan dagangan pound lebih rendah.

Walau bagaimanapun, pada pembukaan sesi New York, sterling kembali melambung tinggi melebihi paras harga 1.2900 susulan laporan bahawa para perunding mungkin akan berkompromi atas isu bantuan negara, tetapi perbincangan mengenai isu perikanan tetap menjadi penghalang kepada kesepakatan.

Malangnya, tidak lama selepas itu, matawang pound kembali menjunam apabila pegawai EU menafikan laporan tersebut dan EU juga mengesahkan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap UK.

Peluang untuk mendapatkan perjanjian dagangan Brexit masih 50-50 dan dagangan matawang pound telah mengalami pergerakan drastik turun naik disebabkan ketidakpastian ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat