Pound Melonjak Lagi, Berjayakah Rundingan Brexit Dicapai Sebelum 31 Oktober?

313

Pound jatuh dari paras tertinggi yang dicapai dalam tempoh lima bulan berbanding dolar USD pada dagangan di Asia hari ini apabila pelabur mula mempersoalkan keyakinan mereka mengenai rundingan Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

Selain itu, pound juga menyusut berbanding euro selepas para pelabur mendapatkan keuntungan dan bersedia untuk menghadapi sidang kemuncak antara Britain dan EU pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Tumpuan mereka turut tertumpu kepada hasil perbincangan terakhir untuk melihat sama ada kedua belah pihak boleh membuat perjanjian sebelum sidang kemuncak itu diadakan.

Sebelum itu, dagangan Pound telah melonjak pada Selasa mencapai paras tertinggi lima bulan selepas dilaporkan bahawa perunding berharap perjanjian dapat dicapai sebelum lewat malam di Eropah, namun dengan kekurangan berita mengenai hasil perbincangan tersebut di Asia telah menyebabkan matawang itu kembali menyusut.

Selain itu, dagangan yen yang pada mulanya melemah disebabkan pelabur yang optimis terhadap perjanjian Brexit akan dicapai, kembali meraih keuntungan di sesi Asia hari ini disebabkan perjanjian perdagangan yang tidak mampu meningkatkan sentimen.

Laporan perjanjian perdagangan fasa pertama antara dua negara ekonomi gergasi AS dan China pada awalnya diterima baik oleh pasaran tetapi dengan butiran terperinci mengenai perjanjian tersebut telah menyebabkan pasaran kembali berhati-hati terhadap pelbagai kemungkinan yang akan berlaku.

Sementara itu perkembangan di Australia, pergerakan dolar Aussie mengalami tekanan apabila minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) menyatakan akan membuat pelonggaran polisi yang lebih lanjut jika diperlukan untuk menyokong ekonomi walaupun mereka sedar bahawa kadar faedah yang rendah akan memberi kesan buruk kepada sektor perumahan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat