Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan bahawa data jualan runcit meningkat sebanyak 2.3 peratus pada bulan April berbanding penurunan sebanyak 1.4 peratus di dalam bulan sebelumnya.
Kebangkitan data jualan runcit dengan bacaan yang lebih besar berbanding jangkaan itu secara tidak langsung mengukuhkan keyakinan terhadap ekonomi British.
Angka tersebut juga merupakan bacaan tertinggi yang dicapai sejak Januari 2016.
Sebelum data ini diumumkan, penganalisis hanya meramalkan peningkatan sebanyak 1.0 peratus.
Jualan runcit teras, tidak termasuk jualan kereta dan bahan api juga melonjak sebanyak 2.0 peratus pada bulan April berbanding penurunan sebanyak 1.2 peratus yang disemak semula daripada bacaan 1.5 peratus.
Data tersebut juga telah menghantar sterling ke paras $1.30 buat kali yang pertama sejak September lalu sekali gus meletakkan prospek kenaikan kadar yang lebih awal berbanding jangkaan dari Bank Pusat England.
Langkah Sekatan Masih Tidak Mampu Melumpuhkan Lonjakan Harga Hartanah di China