Pound Sterling Cecah Paras Terendah 2019, USD Menjadi Tarikan Selepas Minit Mesyuarat FED.

1,005

Data tinjauan komposit PMI Australia hari ini menunjukkan kenaikan untuk bulan Mei 2019 kepada 52.2 daripada 50.0 mata bulan sebelumnya. Ia merupakan kenaikan pertama dalam tempoh empat bulan dengan disokong oleh peningkatan kukuh dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan.

Namun matawang Aussie tidak mendapat sebarang impak positif daripada data ini ekoran tumpuan semasa pasaran lebih tertumpu kepada isu perdagangan global khususnya perang dagang antara Amerika Syarikat (A.S.) dan China.

Selepas pentadbiran Trump menyenarai hitamkan syarikat teknologi gergasi Huawei dari China, kebimbangan pasaran terus meningkat apabila laporan terbaru berkenaan Amerika Syarikat bakal mengenakan sekatan pula ke atas syarikat Hikvison, juga syarikat teknologi dari China.

Sementara itu matawang Pound Sterling menyambung kemerosotannya selepas terdapat laporan Perdana Menteri U.K. Theresa May dijangka meletakkan jawatannya berikutan ketidaktentuan dalam urusan Brexit yang dilihat beberapa kali gagal mendapat kata sepakat.

Tambahan lagi, Andrea Leadsom, seorang menteri Kabinet yang tinggi, meletak jawatan hari ini dan mengatakan dia tidak lagi mempercayai pendekatan kerajaan Theresa May.

Dalam perkembangan di zon Eropah pula, tinjauan perkilangan PMI zon Eropah menunjukkan kejatuhan kepada 47.7 untuk Mei 2019 daripada 47.9 pada bulan sebelumnya dan di bawah ramalan pasaran 48.1.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat