Powell Belum Sempat Berucap lagi, USD Dah Naik?

774

US dolar didagangkan lebih kukuh susulan kenyataan hawkish pembuat dasar Federal Reserve (Fed) mengenai pengurangan pembelian bon ketika pelabur menantikan ucapan dari Pengerusi Jerome Powell malam ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diperdagangkan meningkat pada sekitar harga 93.10, melonjak semula dari tahap terendah yang dicapai semalam pada 92.80.

Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan menjangkakan bahawa bank pusat akan mula menaikkan kadar faedah pada tahun hadapan, satu kenyataan yang dilihat sebagai lebih hawkish daripada kenyataan beliau sebelum ini bimbang dengan risiko yang akan ditimbulkan oleh varian delta.

Sementara Presiden Fed Kansas City, Esther George dan Fed St. Louis, James Bullard juga tidak memandang serius mengenai kesan varian delta dalam wawancara berasingan, di mana Bullard mengulangi seruannya untuk Fed mula mengurangkan pembelian bon bulanannya tidak lama lagi.

Fokus utama pasaran kini terarah kepada Jerome Powell yang dijadualkan bercakap pada jam 10 malam ini (waktu Malaysia) untuk mendapatkan kejelasan lebih lanjut mengenainya.

Dalam pada itu, pelabur telah diperlihatkan dengan bacaan data pertumbuhan ekonomi AS suku kedua yang menunjukkan peningkatan sebanyak 6.6% berbanding kenaikan 6.5% yang dilaporkan sebelum ini, tetapi sedikit terasar dari jangkaan pertumbuhan 6.7%.

Sementara itu, data jumlah tuntutan pengangguran AS pula meningkat pada 353,000 berbanding jangkaan 345,000 dan lebih tinggi dari angka yang dicatatkan sebelumnya 349,000.

Susulan laporan tersebut pasaran saham Wall Street kembali lemah, menyaksikan NASDAQ dan S&P 500 ditutup rendah. Ini sekali gus mendorong US dolar untuk kembali meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat