Powell Pula Cakap Macam Tu, Memang Parah lah USD!

1,304

US dolar terus dilepaskan setelah Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell mengatakan dengan jelas pada hari Selasa bahawa tidak akan ada kenaikan kadar faedah atau penurunan pada masa akan datang.

Powell menjangkakan akan meningkatkan ramalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Fed bagi tahun 2021 pada julat 6%.

Namun, peningkatan ini tidak cukup bagi bank pusat untuk menjauhkan diri daripada komitmen mereka untuk mengekalkan dasar monetari sehingga terdapat pemulihan berterusan yang mengembalikan ekonomi ke tahap pra-Covid.

Menerusi keterangan separuh tahunannya mengenai ekonomi dan dasar monetari, Powell mengatakan bahawa kemajuan besar belum dicapai ke arah sasaran mereka.

Fed komited untuk menggunakan pelbagai alat mereka untuk menyokong ekonomi dan membantu memastikan pemulihan yang lebih kuat.

Powell juga memberitahu bahawa pertumbuhan dalam pekerjaan sahaja tidak akan mendorong mereka mengubah keputusan.

Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa bank pusat ingin melihat inflasi sedikit di atas 2% untuk beberapa waktu sebelum mengetatkan dasar dan bila tiba waktunya untuk mengubah kadar pembelian aset, mereka akan menyatakan petunjuk yang sangat jelas. Tidak akan ada kejutan.

Dengan janji untuk mengekalkan kadar faedah semasa sehingga beberapa tahun berikutnya, Powell menyokong penurunan US dolar.

Jangkaan inflasi adalah sebab utama kenaikan hasil perbendaharaan dan Powell mengatakan beliau tidak bimbang dengan peningkatan itu.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan lemah pada 90.02.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat