Powell Punya Angkara, Wall Street Merah Menyala!

477

Indeks US30 junam lebih parah selepas pelabur dikejutkan oleh keterangan berbaur hawkish Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres.

Powell mengatakan bahawa bank pusat itu bersedia untuk mengambil langkah besar yang boleh mendorong kadar faedah lebih tinggi dalam usaha menurunkan inflasi.

Pelabur kini meletakkan jangkaan untuk kenaikan sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada 23 Mac.

Ekoran daripada itu, ia telah mendorong penjualan yang meluas dalam pasaran saham Amerika Syarikat pada sesi New York.

Ini diperlihatkan pada kejatuhan indeks-indeks utama saham AS, di mana Dow Jones Industrial merosot 1.7% kepada 32,856, manakala S&P 500 turun 1.5% kepada 3,98.36 dan Nasdaq susut 1.2% kepada 12,152.17.

Saham bahan asas dan tenaga adalah antara yang mencatat kerugian paling besar dalam sesi dagangan New York dipengaruhi oleh kejatuhan dalam pasaran emas dan minyak mentah.

Rivian, yang turun sebanyak 12% ke paras terendah sepanjang masa, merupakan saham yang berprestasi terburuk dalam Nasdaq.

Penjualan dalam Dow Jone pula diterajui oleh JPMorgan Chase dan Goldman Sachs yang turun kira-kira 3% dalam sesi dagangan hari ini.

Tumpuan pelabur seterusnya beralih kepada laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada hari Jumaat.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat