Dolar greenback sekali lagi menjadi juara dalam carta selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden secara rasmi mencalonkan semula Jerome Powell sebagai Pengerusi Federal Reserve (Fed) untuk penggal kedua.
Setelah berbulan-bulan berdepan dengan ketidaktentuan mengenai peneraju bank pusat AS yang seterusnya, pelabur melihat keputusan ini sebagai positif untuk menormalkan dasar monetari selanjutnya.
Susulan daripada itu, Presiden Biden mengatakan bahawa beliau percaya Powell adalah orang yang tepat untuk mencapai sasaran pekerjaan penuh dan menangani inflasi yang tinggi.
Permintaan US dolar telah meningkat pada bulan ini disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih awal susulan data ekonomi yang memberangsangkan dan sentimen risk-off pasaran berikutan kebimbangan terhadap kebangkitan semula Covid-19 di Eropah.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama diniagakan meningkat pada 96.45, tahap tertingi sejak Julai 2020.
Sementara itu, matawang euro susut pada 1.1240 berbanding US dolar, juga merupakan tahap terlemahnya sejak Julai 2020.
Matawang itu terus diheret rendah ekoran kebmbangan yang meningkat terhadap pelaksanaan sekatan Covid-19 baru di Eropah, di mana Australia telah mengumumkan lockdown di seluruh negara dan Jerman pula sedang mempertimbangkan untuk mengikutinya.
Menjadi tumpuan pelabur pada hari ini adalah pengeluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Eropah, yang mana Zon Eropah dijangka mencatat sedikit penurunan dalam pertumbuhan pada bulan ini, sementara UK pula diramalkan meningkat.