Power! Sunsuria Bhd Nak Keluarkan Sukuk!

311

Sunsuria Bhd merancang untuk menerbitkan sukuk wakalah bernilai RM500 juta. Selain itu, tempoh Program Sukuk Wakalah itu akan berlangsung hingga 30 tahun, serta telah diberi peringkat awal A + IS dengan tinjauan stabil oleh Malaysian Rating Corp Bhd.

Tambahan daripada itu, Sunsuria mendedahkan bahawa hasil yang diperoleh dari sukuk akan digunakan untuk membiayai perbelanjaan modal, keperluan modal kerja dan pelaburan, serta untuk tujuan korporat umum.

Di samping itu, ianya akan digunakan untuk membiayai semula pinjaman yang sedia ada dan pembiayaan masa depan kumpulan tersebut.

Selain itu, Maybank Investment Bank Bhd akan berperanan sebagai penasihat, pengendali dan pengurus utama tunggal untuk Program Sukuk Wakalah, sementara Maybank Islamic Bhd adalah penasihat syariah.

Manakala Newfields Advisors Sdn Bhd ditugaskan sebagai penasihat kewangan untuk program ini.

Untuk pengetahuan semua, saham Sunsuria telah ditutup setengah sen atau 1.16% lebih rendah pada 42.5 sen, dengan nilai pemaju hartanah pada RM380.76 juta. Sepanjang tahun lalu, kaunter tersebut telah mencatatkan penurunan sebanyak 34.6% daripada 65 sen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat