Pra-Tinjau FOMC : Adakah Ini Masanya Untuk Fed Umumkan ‘Tapering’?

1,059

Federal Reserve AS (Fed) mungkin akan mula membuka jalan untuk mengurangkan pembelian aset bulanannya (tapering) pada mesyuarat polisi FOMC minggu ini.

Dengan berbaki 3 lagi pengumuman dasar monetari Fed sebelum akhir tahun ini, Pengerusi Jerome Powell perlu memberi isyarat jelas untuk melakukan pengurangan sekiranya mereka ingin memberi masa untuk pasaran mempersiapkan diri.

Satu-satunya perkara yang ingin diketahui oleh pemain pasaran dari Fed adalah sama ada mereka akan memberikan tarikh yang tepat untuk pengurangan dimulakan.

Sejak beberapa bulan terakhir, para pelabur semakin optimis bahawa bank pusat akan menyusun rancangan untuk mula mengurangkan pembelian aset pada bulan September.

Bagaimanapun, pada pertemuan terakhir pada Julai, Fed mengatakan kriteria untuk mengumumkan tapering masih belum dicapai menyebabkan pasaran mula meragui sama ada ia akan diumumkan dalam waktu terdekat.

Seterusnya pada Ogos di Jackson Hole, Powell mengatakan bank pusat mungkin akan memulakannya sebelum akhir tahun ini, tetapi memberi indikasi bahawa pengurangan ini tidak akan membawa kenaikan kadar faedah secara langsung.

Bacaan data pekerjaan dan inflasi AS yang lemah pada bulan lalu juga menambah keraguan pasaran untuk mendapatkan petunjuk lebih jelas daripada bank pusat mengenai garis masa perlaksanaan pengurangan.

Selain dari pengumuman dasar, pelabur juga akan diperlihatkan dengan unjuran ekonomi dan dot plot yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat