Pra-Tinjau FOMC : Ini Jangkaan Pasaran Terhadap Keputusan Fed

529

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell dijangka akan mempertahankan dasar akomodatif bank pusat pada mesyuarat polisi awal pagi Khamis nanti.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan mengekalkan kadar faedah di tahap terendah hampir sifar dan mengulangi komitmen untuk meneruskan pembelian bon sebanyak $120 bilion setiap bulan.

Bagaimanapun, tiada ramalan suku tahun dijadualkan akan diterbitkan dalam mesyuarat pertama untuk tahun ini.

Pengerusi Fed itu juga mungkin bersedia untuk mengulas mengenai kelemahan ekonomi baru-baru ini, serta prospek untuk separuh kedua tahun yang lebih baik.

Terdahulu, Powell pernah mengatakan bahawa ekonomi dijangka akan menunjukkan prestasi memberangsangkan pada separuh kedua tahun ini disokong oleh prospek daripada pelancaran vaksin Covid-19.

Namun, beliau tetap tegas untuk terus membeli bon sehingga terdapat kemajuan besar untuk mencapai sasaran pekerjaan dan inflasi bank pusat.

Pakej rangsangan $1.9 trilion oleh Presiden AS, Joe Biden juga mungkin menjadi sebab utama untuk Fed mengambil pendekatan untuk ‘tunggu dan lihat’, walaupun ketika ini rancangan itu mungkin berdepan kelewatan disebabkan tentangan daripada Senator Republik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat