Pra-Tinjau KDNK : Sejauh Manakah Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi AS?

335

Ekonomi Amerika Syarikat berkemungkinan akan menguncup dengan ketara sejak krisis kewangan pada suku pertama tahun ini, disebabkan oleh penularan pandemik coronavirus yang mendorong kepada penutupan aktiviti ekonomi di seluruh negara.

Bacaan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan mencerminkan kesan daripada penutupan aktiviti ekonomi pada dua minggu terakhir bulan Mac, di mana berjuta-juta warga Amerika telah membuat tuntutan faedah penganguran.

Menurut tinjauan ekonomi dari Reuters, ekonomi AS berkemungkinan menurun 4.0% pada kadar tahunan pada suku tahun lalu, menjadikannya sebagai penguncupan paling tinggi dalam KDNK sejak suku pertama 2009.

Sejak pemberhentian pekerja yang meluas bermula pada minggu ketiga bulan Mac, lebih daripada 26 juta orang atau 16% tenaga kerja telah membuat tuntutan faedah pengangguran dan 3.5 juta lagi dijangka akan meningkat dalam minggu ini.

Kira-kira 90% penduduk Amerika telah terjejas akibat arahan sekatan pergerakan sosial oleh kerajaan, sementara kesemua industri yang tidak penting pula terpaksa menutup operasi mereka.

Dengan kehilangan kira-kira 701,000 pekerjaan berdasarkan laporan NFP pada Mac dan kenaikan 0.9% dalam kadar pengangguran kepada 4.4%, dijangka akan memperlihatkan bacaan yang lebih tinggi pada bulan April.

Sementara itu, jualan runcit AS yang merekodkan jumlah penurunan terbesar dengan penyusutan 8.7 pada Mac, membuktikan kejatuhan dalam perbelanjaan pengguna secara drastik berikutan penutupan ekonomi.

Secara keseluruhannya, petunjuk awal dalam data ekonomi yang dilihat pada bulan ini telah menunjukkan penurunan yang lebih mendalam dalam bacaan KDNK AS pada suku pertama.

Persoalannya sekarang adalah sejauh mana ekonomi akan terjejas pada suku kedua 2020. Jika penyusutan dalam KDNK pada suku pertama lebih besar daripada diramalkan, ia akan memaksa pasaran untuk berhadapan dengan kemungkinan penurunan yang lebih mendalam daripada dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat