Presiden Biden Dan Putin Akan Bertemu? Patutlah Reaksi Pasaran Begini

671

Pasaran dijangka terus bergelora pada minggu ini memandangkan konflik antara Rusia dan Ukraine masih lagi berterusan dengan Amerika Syarikat terus memberi amaran mengenai serangan yang tidak dijangka oleh Moscow.

US dolar memaparkan sedikit penurunan pada pembukaan pasaran sesi Asia selepas mendapat keuntungan pada akhir dagangan minggu lalu.

Penurunan ini menyusuli laporan yang mengatakan bahawa Presiden AS Joe Biden akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin-pemimpin dari negara G7 pada hari Khamis bagi membincangkan mengenai situasi di Ukraine.

Namun, apa yang lebih meningkatkan sentimen pasaran adalah selepas pejabat Presiden Perancis Emmanuel Macron mengeluarkan kenyataan bahawa Biden dan Putin telah bersetuju untuk mengadakan sidang kemuncak mengenai krisis Ukraine.

Perkara ini kemudiannya disahkan oleh White House bahawa sidang kemuncak antara kedua-dua pemimpin dunia itu akan berlaku berikutan pertemuan antara Setiausaha Negara Antony Blinken dan rakan sejawatannya dari Rusia, Menteri Luar Sergey Lavrov. Mesyuarat itu dijadualkan pada akhir minggu ini.

Ini secara tidak langsung mendorong mata wang euro untuk mendapat sedikit sokongan pada awal sesi Asia. Sementara mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi pula diperdagangkan positif.

Dalam pada itu, pound turut mencatat kenaikan dengan didagangkan stabil pada sekitar harga 1.3600, masih mengekalkan keuntungan yang diraih pada minggu lalu susulan data-data ekonomi UK yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat