Presiden China Ingin Menerapkan Perdagangan Bebas, Safe Haven Terkesan

599

Presiden China Xi Jinping telah membincangkan sebuah pelan untuk membuka ekonomi China dengan lebih terbuka.

China juga akan mengurangkan tarif import bagi barangan automotif dan beberapa barangan lain. Dalam masa yang sama, China akan tetap melindungi hak paten barangan dalam negaranya dan memperbaiki kondisi pelaburan untuk syarikat international.

Dalam ucapan beliau, Xi mengatakan China akan mengambil inisiatif untuk memperkembangkan import pada tahun ini dan akan bekerja keras untuk mengimport produk yang diperlukan oleh rakyatnya.

Kata Xi, China tidak mengejar lebihan perdagangan. Kami mempunyai matlamat yang jelas untuk meningkatkan import dan mencapai imbangan perdagangan yang lebih baik.

Kami mengharapkan negara-negara maju akan menghentikan sekatan terhadap barangan teknologi tinggi dan menganjalkan kawalan eksport dengan China. Kata XI.

Xi menyokong dan berazam untuk bekerja keras terhadap perhubungan perdagangan lebih dua hala, membangunkan ekonomi global yang lebih terbuka, menjalankan kerjasama dengan G-20, APEC dan organisasi lain. Kita seharusnya mempromosikan perdagangan dan liberalisasi perdagangan.

”Dengan cara ini, kita akan menghasilkan globalisasi ekonomi, lebih terbuka dan memberi manfaat yang lebih besar kepada semua.”

Pada ketika ini, China dan U.S sedang cuba mengusahakan rundingan bagi menyelesaikan masalah isu perdagangan agar tidak terjadi perang perdagangan.

Presiden Trump telah memberikan kesempatan bagi Beijing untuk segera berdialog dengan US kerana Trump menganggap bahawa kesepakatan dagang yang telah berlangsung selama ini adalah tidak sihat.

Ucapan XI tersebut telah menyebabkan sempat berlaku aksi penjualan matawang safe haven dan emas kerana pasaran menjangkakan ketegangan semakin reda jika berlakunya dialog nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat