Presiden ECB Suruh Pelabur Siap Sedia! Ada Apa-apa Ke?

1,388

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde memberitahu para pelabur untuk bersiap sedia untuk panduan baru mengenai langkah-langkah dalam dasar monetarinya pada mesyuarat polisi sesi pada minggu depan.

Dalam satu wawancara bersama Bloomberg TV yang disiarkan pada hari ini, Lagarde memberitahu bahawa mesyuarat polisi sesi Julai akan menjadi pertemuan penting kerana ia mengingatkan kegigihan yang perlu ditunjukkan untuk memenuhi komitmen ECB.

Pada minggu lalu, ECB telah mengumumkan perubahan dalam sasaran inflasinya kepada 2%, dan membenarkannya untuk meningkat lebih tinggi daripada sasaran.

Ini bertujuan untuk meyakinkan para pelabur bahawa dasar tidak akan diperketatkan sebelum waktunya dan meningkat harapan mereka untuk pertumbuhan inflasi pada masa depan, yang telah ketinggalan di bawah sasaran ECB selama hampir satu dekad.

Petunjuk semasa ECB mengatakan bahawa ia akan membeli bon selama yang diperlukan dan mengekalkan kadar faedah pada tahap semasa sehingga melihat prospek inflasi yang kuat untuk mencapai matlamatnya.

Dalam pada itu, Presiden Lagarde turut mengatakan bahawa Program Pembelian Kecemasan Pandemik ECB (PEPP) yang bernilai €1.85 trilion akan beralih ke format baru secepatnya pada Mac 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat