Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak teragak-agak memperakui nilai matawang kripto tetapi pada masa yang sama menolak jika aset yang tinggi ketidakstabilannya itu dapat digunakan untuk perdagangan minyak.
Jelasnya dalam satu temubual, matawang kripto ada hak untuk berada di dalam pasaran dan boleh digunakan sebagai pembayaran.
Dakwaan figura ini sedikit sebanyak memberi kejutan kerana bank pusat Rusia telah mengeluarkan sejumlah amaran kepada pelabur kripto berkaitan dengan risiko pelaburan di dalam kategori aset maya.
Putin juga menerangkan ketidakstabilan nilai aset kripto menyebabkan ia tidak dapat dijadikan sebagai medium perdagangan minyak, termasuk sumber tenaga yang lain:
“Terlalu awal untuk bahaskan perkara ini. Ia sangat-sangat tidak stabil.”
Rusia nampaknya melangkah ke arah yang berbeza, tidak merancang untuk menyekat sektor kripto sebagaimana dilakukan China. Manakala Amerika Syarikat (AS) pula mahu mengenakan dasar dan perundangan yang ketat.
Sejak disekat AS pada 2014, Rusia cuba mencari alternatif daripada berdagang di dalam dolar.
Mungkin melalui keputusan Putin, negara ini dapat ‘keluar’ dari kemelut yang dihadapi dengan menggunakan Bitcoin (BTC) atau aset kripto lain seperti yang dilakukan Iran sebelum ini.