Prestasi Bursa Cemerlang ‘Menghijau’ Umpama Lagu Zainal Abidin

189

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 10.11 mata pada 1,581.43 daripada penutupan Rabu pada 1,571.32.

Indeks dibuka kukuh 6.24 mata pada 1,577.56.

Ia dibuka ‘hijau’ selepas menjejaki keuntungan pada Wall Street yang melonjak sebaik pengumuman Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengenai kenaikan kadar faedah bagi membendung inflasi.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 336 berbanding 85, manakala 185 kaunter pula tidak berubah, 2,310 tidak didagangkan dan 40 digantung.

Jumlah perolehan pada 175.14 juta unit bernilai RM155.16 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pelabur sedang mencerna kenaikan 25 mata asas oleh Fed pada mesyuarat FOMC awal pagi ini.

Tambahnya lagi, bursa tempatan dijangka meneruskan aktiviti bargain-hunting ekoran penilaian murah saham tempatan dan aliran masuk berterusan pelabur asing, sementara itu, KLCI dijangka akan berada dalam aliran pada paras 1,565 ke 1,585 hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd naik 5 sen pada RM8.95, Public Bank Bhd tambah 3 sen pada RM4.55, Petronas Chemicals Group Bhd maju 10 sen pada RM9.41, IHH Healthcare Bhd lonjak 3 sen pada RM6.40, CIMB Group Holdings Bhd capai 4 sen pada RM5.34 dan Tenaga Nasional Bhd canak 1 sen pada RM9.11.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd naik 3 sen pada RM1.03 sementara ATA IMS Bhd kekal pada 39.5 sen dan NWP Holdings Bhd turun 0.5 pada 26 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengukuh 83.57 mata pada 11,206.37, indeks FBM Emas Shariah melonjak 85.67 mata pada 11,793.83, FBM 70 memacu 162.72 mata pada 13,252.94, indeks FBMT 100 mencanak 83.63 mata pada 10,920.75 dan FBM ACE mencapai 55.9 mata pada 5,325.11.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan melonjak 0.78 mata pada 200.94, indeks Perladangan memekar 33.63 mata pada 7,974.83 dan indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 117.87 mata pada 16,586.3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat