Prestasi Ekonomi 2016 Australia Dijangka di Bawah Sasaran

40

Gabenor Bank Pusat Australia, Philip Lowe mengakui pada Jumaat bahawa sasaran 2.5%-3% pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 mungkin tidak dapat dicapai. Hal ini berikutan pertumbuhan negatif yang direkodkan pada suku ketiga yang berpotensi memberi kesan kepada tiga bulan terakhir tahun tersebut.

“Tahun lepas kita menjangkakan ekonomi Australia akan berkembang di sekitar 2.5%-3%. Kami masih lagi belum mendapat statistik keseluruhan tahun lalu, tetapi hasilnya dijangka rendah di sekitar 2%.” Kata Gabenor Lowe.

Lowe menggambarkan pertumbuhan pada suku ketiga adalah mengejutkan, tetapi mengatakan penguncupan tersebut adalah disebabkan ‘kesan sementara’ dan hal ini tidak akan terjadi lagi pada tempoh Oktober-Disember.

Pertumbuhan ekonomi Australia pada suku ketiga merekodkan negatif 0.5% yang merupakan penguncupan ekonomi pertama sejak 2011. Gabenor Lowe menjangkakan pertumbuhan tahun ini akan berada di sekitar 3% dan begitu juga tahun hadapan, tetapi masih berhadapan dengan risiko kejatuhan pelaburan dalam sektor carigali dan kelemahan harga komoditi.

Polisi bank pusat masih dikekalkan sejak kali terakhir RBA (Reserve Bank of Australia) menurunkan kadar kepada 1.5% pada Ogos lepas. Pasaran menjangkakan tiada perubahan dalam pendekatan bank pusat dalam masa terdekat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat