Prestasi GDP Kanada Positif Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran

33

Ekonomi Kanada berkembang pada kadar 0.2% pada April selepas merekod kenaikan 0.5% pada bulan sebelum itu. Data kali ini sejajar dengan jangkaan pasaran dari segi tahun ke tahun pada paras 3.3%.

Kanada agak unik kerana Jabatan Statistik mereka mengeluarkan data KDNK (GDP) setiap bulan yang tidak banyak negara lain berbuat demikian selain mengeluarkan data suku tahunan.

14 daripada 20 sektor berkembang pada tempoh ini, walaupun pengeluaran barangan tidak berubah pada tempoh sama dengan kenaikan tahunan sebanyak 4.2%.

Terdapat pertumbuhan berterusan dalam sektor minyak, tetapi kejatuhan 0.9% pula dicatat dalam pengeluaran pembuatan yang membawa kepada kadar tahunan 2.0%.

Sektor perkhidmatan berkembang 0.3% pada tempoh sama yang menyumbang kepada kenaikan 3.0% secara tahunan.

Pertumbuhan kukuh direkod dalam peruncitan dan jualan borong dengan kenaikan 1.0% dalam sektor pengangkutan.

Bank of Canada dilihat semakin optimis dengan perkembangan ekonomi dan dijangka tiada perubahan yang signifikan berikutan laporan data pertumbuhan GDP hari ini, walaupun sektor pembuatan agak mengecewakan.

Terdapat spekulasi kenaikan kadar faedah pada mesyuarat Julai selepas dua pegawai dari Bank of Canada memperkatakan hal tersebut pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat