Prestasi Greenback Mula Perlahan!

34

US Dollar merosot lebih rendah dalam sesi dagangan Asia pada Isnin setelah para pelabur mengambil keuntungan berganda selepas kenaikan minggu lalu.

Kenaikan kadar dan unjuran tiga lagi kenaikan kadar pada tahun 2017 menjadi punca utama kenaikan mendadak US Dollar minggu lalu.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 102.720, menurun sebanyak 0.2 peratus.

Selain tu, matawang ini juga agak goyah selepas berita bahawa kapal perang China telah merampas drone air milik AS di perairan antarabangsa di laut China Selatan. China juga telah bersetuju untuk mengembalikan drone tersebut pada Sabtu sekaligus meredakan semula keadaan yang agak tegang.

Euro juga dicatat sedikit merosot minggu lepas. Sementara itu, dalam sesi ini juga, US Dollar merosot 0.4 peratus berbanding yen.

EUR/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Bank of Japan dijadual akan memulakan mesyuarat dasar selama dua hari dengan pasaran menjangkakan tidak banyak perubahan daripada mesyuarat tersebut.

Ekonomi Kedua Terbesar Dunia Ini dijangka Suram Tahun Depan! : Penyelidik Ekonomi

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat