Prestasi Semasa Ekuiti Global Pada Awal Pembukaan Pasaran Eropah

37

Pasaran saham Asia didagang positif pada Isnin walaupun dengan ujian terbaru peluru berpandu Korea Utara. Minggu ini terdapat banyak data ekonomi penting yang perlu diberi perhatian dengan laporan pendapatan syarikat masih terus berjalan.

Pasaran Eropah baru saja dibuka sebentar tadi dengan indeks DAX di Jerman naik 0.16% setakat pukul 3.29 pm. Di Perancis CAC40 merekod kenaikan 0.24%, manakala FTSE100 mengaut keuntungan sehingga 0.55% setakat ini.

Indeks MSCI Asia Pasifik kecuali Jepun naik 0.25% dalam penutupan pasaran sebentar tadi. Di China indeks komposit Shanghai naik 0.64%, manakala indeks HangSeng di Hong Kong naik 1.20% ke paras tertinggi dua tahun lalu.

Walaupun data-data PMI China yang dikeluarkan pagi tadi kurang memberangsangkan, namun pasaran saham mampu merekod kenaikan pada Isnin.

Para pelabur terus terganggu dengan ujian peluru berpandu oleh Korea Utara pada Jumaat yang mana disahkan sebagai mampu menjangkau Amerika Syarikat. Amerika Syarikat memberi respon dengan menerbangkan dua bom ke arah semenanjung Korea pada Ahad.

KOSPI di Korea Selatan naik 0.07% pada Isnin walaupun pada mulanya jatuh sehingga 0.20%.

ASX200 di Australia ditutup 0.31% lebih tinggi dengan AUDUSD setakat ini kekal bergerak ‘sideway‘.

“Faktor geopolitik akan menjadi faktor penggerak utama pada awal minggu ini di mana polisi China dan US ke atas Korea Utara masih tidak mampu menyelesaikan isu ini,” kata ketua dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes.

Di Wallstreet pada Jumaat, S&P 500 dan Nasdaq jatuh selepas laporan pendapatan Amazon, Exxon Mobil dan Starbucks mengecewakan.

Namun, Dow Jones ditutup lebih tinggi apabila Chevron merekod keuntungan yang tinggi pada suku kedua.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat