Prestasi Syarikat MicroStrategy Dalam ‘Bahaya’,Penganalisis Mula Umum Penurunan Taraf!

325

Penganalisis Jefferies Brent Thill telah mengambil keputusan untuk menurunkan taraf syarikat gergasi perisian MicroStrategy kepada “berprestasi rendah” daripada “bertahan” kerana kejatuhan dalam pasaran kripto yang berterusan dan gagal menunjukkan isyarat kuat untuk kembali bangkit.

Penurunan taraf yang mengkategorikan prestasi daripada ‘bertahan’ kepada berprestasi rendah” berikutan sasaran harga saham dikurangkan kepada $180. Berikutan berita dan harga Bitcoin yang menurun telah mendorong harga saham Microstrategy turun lebih 10% kepada $237.

Dengan jumlah had pasaran pada $2.8 bilion, MicroStrategy kini memegang 129,200 BTC bernilai kira-kira $2.7 bilion. Selepas membelanjakan hampir $4 bilion untuk mengumpul simpanannya, syarikat gergasi yang disenaraikan NASDAQ itu mengalami kerugian yang tidak direalisasikan sebanyak $1.3 bilion.

Penurunan taraf itu dilaporkan disebabkan oleh pertaruhan bitcoin yang agresif daripada firma tersebut serta unjuran kelembapan dalam perniagaan terasnya. Semasa kemuncak tekanan jualan pada bulan Jun, firma itu menafikan khabar angin bahawa ia akan berhadapan panggilan margin bagi kedudukan leverage pinjaman yang disokong bitcoin $205M.

Malah sebelum penganalisis Jefferies mengumumkan penurunan taraf, penganalisis Wall Street lebih awal sudah pun berpandangan pesimis terhadap masa depan firma itu di tengah-tengah kejatuhan pasaran yang berterusan. StockNews.com menilai saham MicroStrategy kepada penarafan “jual” dalam laporan penyelidikan pada hari Sabtu, 2 Julai, dan TheStreet menurunkan taraf saham syarikat daripada “c-” kepada “d+” pada 9 Mei.

Kemerosotan harga terkini berlaku di tengah-tengah saham terkait dengan kripto mengalami tekanan yang besar. Antaranya yang menimpa bursa kripto yang didagangkan secara terbuka telah mengalami kejatuhan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat