Prestasi US Dolar Kurang Memberangsangkan Menjelang Hujung Minggu! Apa Yang Dah Berlaku?

592

US dolar susut pada hari Jumaat apabila pelabur menilai Rizab Persekutuan berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat bulan Julai ini dan dalam masa yang sama pelabur mengambil keuntungan selepas pengukuhan ke paras tertinggi dua dekad.

US dolar melonjak apabila jangkaan bahawa the Fed akan menaikkan kadar lebih cepat apabila inflasi melonjak ke paras tertinggi empat dekad.

Dolar mengukuh buat sementara waktu pada hari Jumaat apabila jualan runcit AS mengukuh lebih daripada jangkaan pada bulan Jun. Menurut Joseph Trevisani, penganalisis kanan matawang berpendapat bahawa jualan runcit lebih baik daripada jangkaan adalah didorong oleh inflasi.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utam didagangkan susut 0.47% kepada paras dagangan 107.9. Mata wang Euro pula kukuh 0.39% kepada $1.0062. Ia didagangkan serendah $0.9952 pada hari Khamis, yang paling lemah sejak Disember 2002.

Pelabur meningkatkan pertaruhan bahawa Fed akan menaikkan kadar lebih cepat selepas data pada hari Rabu menunjukkan harga pengguna tahunan AS melonjak 9.1% pada bulan Jun, peningkatan terbesar dalam lebih empat dekad.

Kebarangkalian kenaikan mata 100 mata asas adalah sangat mungkin namun kedua-dua pegawai the Fed hanya lebih menyukai kenaikan 75 mata asas. Euro berkemungkinan berhadapan dua pemangkin utama pada minggu hadapan dengan Bank Pusat Eropah dijangka menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas buat kali pertama sejak 2011.

Pelabur juga akan memberi tumpuan sama ada saluran paip gas Nord Stream 1 yang kritikal ke Jerman dari Rusia akan dibuka semula atau tidak. Ia dirancang untuk dibuka semula pada 21 Julai, tetapi kerajaan Eropah bimbang Moscow boleh melanjutkannya untuk menyekat bekalan gas Eropah, mengganggu rancangan untuk membina simpanan untuk musim sejuk.

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat