Preview News Besar Non-Farm Payroll (NFP) Malam Ini

136

Perhatian pasaran pada Jumaat akan terarah kepada laporan data pekerjaan Amerika Syarikat pada Jun yang dijangka menunjukkan pasaran buruh yang kukuh dan berpotensi mengubah jangkaan perjalanan kenaikan kadar faedah tahun ini.

Jabatan Buruh US akan mengeluarkan laporan tersebut pada pukul 8.30 pm waktu Malaysia. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah tambahan 175,000 pekerjaan berbanding 138,000 pekerjaan yang ditambah pada Mei.

Data ADP yang dikeluarkan semalam pula merekodkan kenaikan jumlah pekerjaan dalam sektor swasta sebanyak 158,000 pada Jun yang kurang daripada jangkaan pasaran 185,000. Bulan lalu, ADP merekod data yang begitu kukuh, tetapi tidak sejajar dengan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh US yang hanya menambah 138,000 pekerjaan.

Oleh itu, pasaran harus berhati-hati dalam menjadikan data ADP sebagai petunjuk kepada data NFP.

Morgan Stanley menjangka tambahan pekerjaan yang rendah kerana mereka percaya kurangnya penawaran pekerjaan.

“Tinjauan dan petunjuk pengambilan pekerja kekal positif, tetapi laporan kekurangan pekerja masih lagi membimbangkan,” kata penganalisis.

“Kami menjangka kurangnya pekerja untuk mengekalkan pertumbuhan sehingga 150,000 pada Jun,” tambahnya.

Penganalisis ini merasakan walaupun jumlah itu tidak begitu kukuh, namun mereka menjangka kadar penyertaan yang stabil dalam pasaran pekerjaan.

“Oleh itu, pertumbuhan pekerjaan dengan kadar pengangguran yang mempunyai kadar penyertaan stabil adalah 100,000 pada tempoh Jun dan tambahan 150,000 pekerjaan akan membantu kadar pengangguran terus jatuh sehingga di bawah 4% seawal tahun depan,” kata mereka.

Data utama yang akan diberi perhatian malam ini ialah kenaikan kadar gaji. Penganalisis menjangka average hourly earnings akan meningkat 0.3% berbanding 0.2% yang dicatat pada Mei. Walaupun kadar pengagguran semakin baik setiap bulan, tetapi kadar kenaikan gaji masih lagi terhalang.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat