‘Price Action’ Di Zon $1.2800 Bakal Beri Petunjuk Arah Pergerakan GBP/USD

286

Selepas data pekerjaan yang kurang memberangsangkan, bacaan pertumbuhan ekonomi bulanan UK menepati ramalan pada 0.2%.

Pertumbuhan yang lebih baik berbanding bulan sebelumnya itu memberi sedikit sokongan kepada pergerakan semasa mata wang Pound dalam pasaran.

Tekanan terhadap Pound sebelum ini juga semakin mereda apabila US dolar kembali hilang momentum pengukuhannya.

Pada Rabu, data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan telah mencetuskan pengukuhan US dolar, namun pada Rabu semalam mata wang itu kembali melemah.

Pelabur meneliti kesan data-data yang diterbitkan terhadap pergerakan pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

Setelah corak penurunan dipaparkan sejak awal minggu, harga telah susut mencecah sekitar 1.27500 setakat Selasa lalu.

Namun kenaikan perlahan harga dipaparkan semula pada Rabu semalam dengan rintangan pada zon 1.28000 dilihat terus diuji.

Harga kekal berlegar mendatar di zon 1.28000 tersebut menyambung dagangan pada hari ini (Khamis).

Pergerakan harga di sekeliling garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu juga diperhatikan pelabur untuk petunjuk arah pergerakan selanjutnya.

Jika penurunan lebih rendah dipaparkan selepas ini, harga dijangka menuju ke zon RBS (resistance become support) pada 1.27000.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan mensasarkan pula pada sekitar 1.26000 yang menjadi tumpuan harga sebelum ini.

Namun jika kenaikan yang berjaya dipaparkan, melonjak di atas zon 1.28000 akan mendorong harga untuk menuju ke zon rintangan 1.29000.

Zon tersebut bakal diuji setelah kenaikan harga pada penghujung minggu lepas hampir menyentuhnya sebelum berundur turun.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat