Produk Pelaburan Kripto Semakin Rancak Dengan Lonjakan 30% Tahun Ini Berbanding 2020

1,045

Sektor kripto terus menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan rekod aliran masuk produk pelaburan matawang kripto mencatatkan jumlah $288 juta pada minggu lalu.

Secara tidak langsung, rekod tersebut menunjukkan peningkatan 30% lebih tinggi berbanding prestasi pada 2020.

Umumnya, Bitcoin (BTC) mendahului dengan catatan aliran masuk sebanyak $269 juta pada minggu lepas, lebih rendah berbanding minggu sebelumnya yang menyaksikan aliran masuk berjumlah $1.45 bilion.

Faktor yang mengundang lonjakan aliran masuk ke dalam produk pelaburan Bitcoin didorong oleh minat terhadap ETF Bitcoin selepas ia dilancarkan oleh ProShares pada pertengahan Oktober apabila diluluskan oleh SEC.

Ekoran daripada itu, harga BTC juga mencatatkan lonjakan ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, $67,000 pada 20 Oktober.

Secara tidak langsung, pasaran altcoins turut mengikut lonjakan BTC.

Misalnya Ethereum telah mencatatkan aliran masuk bernilai $17 juta pada minggu lepas setelah menyaksikan aliran keluar tiga minggu berturut-turut.

Kemasukan aliran dana terbaru ini menunjukkan kemaskini Altair pada hujung Oktober adalah satu kejayaan, selain lonjakan harga ETH dua kali berturut-turut – pertama, $4,405.99 pada 29 Oktober dan kedua, $4,605.18 pada padi tadi.

Manakala bagi aset lain seperti Solana (SOL) menyaksikan aliran masuk bernilai $15 juta, Polkadot (DOT) bernilai $6 juta, dan Cardano (ADA) pula merekodkan aliran masuk sebanyak $ 5 juta.

Manakala produk pelaburan multi-aset menyaksikan rekod aliran keluar sebanyak $23 juta, menandakan pelabur berminat dengan satu produk dan menjadi lebih arif terhadap altcoin mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat