Produk Top Glove Kena ‘Banned’ Di New Zealand?

1,057

Foodstuffs yang merupakan syarikat rangkaian runcit terbesar New Zealand mendedahkan bahawa mereka tidak akan menjual produk Top Glove Corp Bhd sehingga syarikat pembuat sarung tangan itu memenuhi standard etika dalam pengeluaran sarung tangan getah mereka.

Menurut ketua urusan korporat dan tanggungjawab sosial korporat syarikat itu, Antoinette Laird berkata rangkaian pasar raya Foodstuffs bertindak menarik semula penjualan sarung tangan getah yang dikeluarkan oleh Top Glove. Hal ini demikian kerana produk tersebut didakwa tidak menepati standard yang ditetapkan bahkan 2 kilang Top Glove Malaysia dilemparkan dengan tuduhan penyalahgunaan buruh migran.

Pad awal bulan ini, Amerika Syarikat telah melarang import dari 2 anak syarikat Top Glove kerana terpalit dengan isu menjadikan pekerja migran sebagai hamba.  Syarikat itu didakwa memaksa pendatang asing yang kebanyakannya wanita dari Bangladesh, Myanmar dan Nepal untuk bekerja dalam tempoh 12 jam sehari, selama 7 hari seminggu malah kadar upah yang diberikan adalah rendah dan tidak memadai dengan piawaian keselamatan dan kesihatan yang tidak optimum.

Sementara itu, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa para pekerja tinggal di asrama yang besar dan sesak, dan terikat oleh majikan atau agensi pengambilan mereka selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun kerana masalah hutang untuk mendapatkan pekerjaan di kilang-kilang itu. Bahkan passport mereka dirampas manakala gaji mereka disekat.

Pada waktu rehat 12.30 tengah hari Bursa Malaysia hari ini, harga saham Top Glove tetap 62 sen atau 2.35% lebih rendah dengan harga RM25.78, menjadikan nilai syarikat mencecah sekitar RM72.66 bilion.

Harga sahamnya didapati jatuh setelah naik ke paras tertinggi iaitu RM26.96 awal hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat