Program Mentoring Selama Setahun – Hustle24hour Familia Lancar Malam Ini

3,100

Dilancarkan pada 1 September 2022, program Hustle24hour bakal membuka tirai tepat jam 11 malam ini.

Program Mentoring Hustle24hour merupakan satu komuniti trader yang ditubuhkan oleh CEO INTRADAY, Tuan Moshed Mohamad dan bakal diketuai oleh Tuan Moshed sendiri sambil dibantu oleh beberapa tenaga pengajar dalam bidang tersebut.


Program ini yang akan membuka tirai pendaftaran pada malam ini bakal memberi peluang kepada pedagang-pedagang dan bakal pedagang untuk menjalani sesi ‘mentoring’ dan sokongan menyeluruh dalam sebuah komuniti. Ia bertujuan untuk melahirkan trader yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dan terlatih agar kekal konsisten menjana keuntungan hasil dari perdagangan.

Tuan Moshed Mohamad merupakan ikon yang mula berdagang mata wang sejak 16 tahun lalu dan melalui beberapa siri krisis ekonomi dan peristiwa penting dunia sejak dari 2006-2022, mengalami beberapa pasang surut semasa mengembangkan akaunnya dan melebarkan pengetahuannya tentang cara pasaran berfungsi. Ia mengambil masa hampir 6 tahun sejak menceburi bidang ini untuk dia menyedari resepi dan kunci yang betul bagaimana menjana pendapatan yang konsisten dalam bidang trading.

Minat yang mendalam dalam bidang ini membantu beliau untuk rajin mengkaji dan pengalaman bekerja bersama broker juga banyak membantu beliau lebih memahami struktur dan tingkah laku pasaran. Set kemahirannya melalui pengalaman dan kajian kendiri, serta pemerhatian ke atas trader-trader lain benar-benar membantu Tuan Moshed mengenali kekuatan dan kelemahannya, dan membangunkan sistem perdagangan yang sesuai dengan personaliti dan matlamat.

Selepas bertahun-tahun mempraktikkan teknik berdagang menggunakan Moshed Magic Line dan membangunkan serta memperhalusi strategi dagangannya, ditambah beberapa pengalaman lain dalam bidang ini, kini Tuan Moshed mengasaskan program Mentoring Hustle24hour sesuai untuk semua jenis latarbelakang trader.

Pendaftaran untuk sertai komuniti Hustle24hour Familia akan dibuka pada jam 11 malam ini dan ia hanya akan dibuka sejam sahaja untuk ‘Early Bird’. Anda boleh sertai ke channel komuniti Hustle24hour melalui PAUTAN INI

 

 

KLIK SINI untuk sertai channel Komuniti Hustle24hour Familia

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat