Projek Matawang Crypto Facebook Libra Belum Boleh Dilancarkan! – The Fed

325

Matawang crypto Bitcoin jatuh sehingga 8% pada hari ini, meneruskan kemerosotan selepas Pengerusi The Fed, Jerome Powell menegaskan bahawa matawang crypto yang ingin diterbitkan Facebook iaitu Libra akan dibekukan buat sementara waktu sehinggalah masalah matawang crypto yang terkait dengan penggubahan wang haram dan privasi dapat ditangani.

Harga Bitcoin pada awalnya jatuh sebanyak 7.7% kepada $11,164 pada awal dagangan kemudian merosot 3.8% selepas testimoni Powell diumumkan.

Menurut Powell, pengumuman penerbitan matawang crypto Libra menimbulkan banyak persoalan yang harus dititkberatkan bermula dari isu privasipenggubahan wang haram, perlindungan pengguna dan kestablian kewangan. Projek Libra tidak akan dapat diteruskan jika masalah tersebut masih belum diselesaikan.

Tambah Powell, peraturan yang telah digariskan belum memadai untuk matawang crypto seperti Libra. Pada ketika ini, pihak pentadbiran AS sedang melakukan tinjauan untuk penambahbaikan.

Sebelum ini, harga bitcoin naik 55% selepas projek matawang crypto Libra diumumkan sehingga hampir mencapai paras $14,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat