Prospek Inflasi Punca Saham Global Terus Menggelongsor Ke Laut Merah

209

Pasaran ekuiti dunia berada dalam kemerosotan sementara harga emas stabil dan dolar melemah ekoran sentimen pelabur yang bertukar bimbang berikutan prospek menyuramkan bank-bank pusat utama terhadap inflasi dan kenaikan kadar faedah.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh European Central Bank (ECB) dan Bank of England (BOE) mengenai inflasi telah mengeruhkan sentimen pelabur manakala laporan pendapatan yang lemah oleh Meta Platform Inc atau dahulunya Facebook menambah ‘luka’ pelabur.

Bursa utama di Eropah mulai merosot selepas BOE menepati jangkaan dengan menaikkan kadar faedah untuk kali kedua yang seterusnya mendokong Sterling dan Euro.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah susut 1.8% dan tolok saham MSCI seluruh dunia jatuh 1.2%.

Di Wall Street, kemerosotan dalam laporan pendapatan Facebook milik Meta Platform Inc menyebabkan sahamnya menjunam dan secara tidak langsung menamatkan pemulihan yang dibina berdasarkan pendapatan positif daripada syarikat teknologi besar.

Indeks purata Dow Jones Industrial turun 1.5%, S&P 500 susut 2% dan Nasdaq Composite jatuh 3%.

Di pasaran mata wang, mood defensif telah menjejaskan dolar AS selepas mencatat kenaikan kukuh.

Tekanan inflasi turut memberi kesan kepada bon apabila ECB mengekalkan polisinya seperti jangkaan.

Dalam pada itu, Lira Turki berada di bawah tekanan selepas kadar inflasi tahunan mencapai 50% sementara Ruble Rusia jatuh ekoran ketegangan di Ukraine.

Indeks dolar jatuh 0.779% sementara Euro naik 1.25% pada $1.1444.

Nota hasil perbendaharaan 10 naik 6.3 mata asas pada 1.829% dan hasil perbendaharaan 2 tahun Amerika Syarikat (AS) tambah 4 mata asas pada 1.196%.

Harga minyak terus mengekalkan momentum kenaikan walaupun selepas pengeluar OPEC+ berpegang pada peningkatan pengeluaran sederhana yang dirancang dengan minyak mentah AS naik 2.2% pada $90.20 setong dan minyak Brent tambah 1.73% pada $91.02 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat