Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan purata perbelanjaan asas kehidupan wajar (PAKW) bulanan isi rumah di Malaysia pada 2023 mencatatkan nilai RM4,729 dengan purata saiz isi rumah seramai 3.8 orang.
Katanya lagi, perbandingan mengikut kawasan merekodkan PAKW di kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding luar bandar dengan nilai masing masing merekodkan RM5,040 dan RM3,631.
Faktor-faktor yang mempengaruhi nilai PAKW adalah saiz isi rumah, umur, jantina dan kawasan. Isi rumah dengan bilangan ahli yang lebih ramai memerlukan perbelanjaan yang lebih besar untuk memenuhi keperluan.
Sementara itu, Selangor mencatatkan nilai PAKW yang tertinggi iaitu RM5,854, diikuti oleh Kuala Lumpur (RM5,468), Labuan (RM5,376), Melaka (RM5,291) dan Putrajaya (RM5,249).
Negeri-negeri ini merekodkan nilai PAKW yang melebihi paras nasional pada RM4,729.
Sebaliknya, nilai PAKW terendah direkodkan di Perak dengan nilai RM3,723, diikuti oleh Kedah (RM3,787), Perlis (RM3,818), Pahang (RM3,949) dan Negeri Sembilan (RM3,987).
Daerah Petaling mencatatkan nilai PAKW tertinggi di Malaysia iaitu RM6,660. – Berita Harian
Nak tambah income lebih? Jom belajar buat duit dengan trading pasaran kewangan. Daftar dan sertai komuniti trading terbaik Hustle24hour – KLIK DI SINI!